suria

Pemilihan MIC: Balakrishnan, Sothinathan & Saravanan Menang Jawatan Naib Presiden

S Balakrishnan.
S Balakrishnan.
S Balakrishnan.

MELAKA: Pengumuman keputusan Naib Presiden MIC yang ditangguhkan ekoran permintaan supaya pengiraan semula dilakukan menyaksikan Ketua Bahagian Johor Baru, Datuk S Balakrishnan memenangi kerusi tersebut dengan 13 undi.

Keputusan itu ditangguhkan sepanjang malam ekoran permintaan pengiraan semula dilakukan terhadap undi Balakrishnan dan Bendahari Agung MIC Datuk Jaspal Singh.

Bekas Timbalan Menteri, Datuk S.Sothinathan turut membuat penampilan semula selepas menewaskan penyandang Datuk Seri S.K. Devamany.

Sothinathan memperoleh 717 undi berbanding Devamany yang mendapat 332 undi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan turut dinamakan sebagai naib presiden pada Ahad.

Tiga lain calon yang tewas adalah bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T.Mohan dan Datuk S.A Vigneswaran, selain Ketua MIC Bahagian Bukit Bintang, James C. S Selvaraja.

Seramai 1452 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu untuk menentukan barisan kepimpinan baharu yang akan bekerjasama dengan Presiden Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalannya, Datuk Seri S.Subramaniam.

Kedua-dua mereka menang tanpa bertanding.

Artikel Lain