suria

Najib Di Melaka Rasmi Mesyuarat Agung MIC

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad tiba di Hotel Equatorial di sini, venue mesyuarat agung tahunan MIC ke-67, bagi merasmikan mesyuarat itu.

Ketibaan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional pada 10.15 pagi disambut Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta pemimpin kanan MIC yang dimeriahkan dengan paluan muzik tradisional masyarakat India.

Najib akan menyampaikan ucapan perasmian pada perhimpunan agung itu yang dihadiri kira-kira 1,452 perwakilan, selepas ucapan dasar Palanivel.

Mesyuarat agung tahunan MIC selama dua hari mulai Sabtu menyaksikan pemilihan parti berlangsung pada Sabtu. - BERNAMA

Artikel Lain