suria

Kenaikan Gaji: Khalid Akan Buat Kenyataan Bersama Anwar

Abdul Khalid
Abdul Khalid
Abdul Khalid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan rasmi bersama mengenai isu kenaikan gaji melampau speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri itu.

"Kita (beliau dan Anwar) sama-sama buat kenyataan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan perdana Belia Peringkat Negeri Selangor 2013 di sini, Sabtu, apabila diminta mengulas mengenai kritikan pelbagai pihak mengenai kenaikan gaji itu.

Pada Khamis lepas Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji dan elaun antara 87 peratus hingga 373.3 peratus bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pindaan gaji kali terakhir dilakukan pada 2011.

Abdul Khalid dalam halaman tweeternya pada Jumaat turut berkata kenyataan bersamanya dengan Anwar mengenai isu gaji wakil rakyat Selangor akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - BERNAMA

Artikel Lain