suria

Siti Aishah Berehat Di Hospital Setelah Didakwa Mengalami Strok - Anak Saudara

Siti Zawiyah
Siti Zawiyah
Siti Zawiyah

JELEBU: Siti Aishah Abd Wahab, wanita Malaysia yang berusia 69 tahun yang didakwa dijadikan hamba selama 30 tahun oleh pengikut fahaman Maoist di London, beransur sembuh di hospital selepas dikatakan mengalami strok baru-baru ini.

Anak saudaranya Siti Zawiyah Othman, 55, berkata saudara mereka yang berada di London juga telah memaklumkan keluarga di sini bahawa Siti Aishah kini beransur sembuh di hospital.

"Kami juga telah diberitahu bahawa ibu saudara saya berada dalam keadaan stabil," katanya, sambil menambah keluarganya tidak diberitahu tentang hospital di mana Siti Aishah dimasukkan.

Siti Zawiyah berkata keluarganya berharap pihak berkuasa British akan membenarkan kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum Abdul Wahab,73, melawat Siti Aishah.

Kamar Mahtum berlepas ke London pada malam Selasa selepas diberitahu bahawa wanita Malaysia yang ditemui tinggal dengan pasangan India itu berkemungkinan Siti Aishah.

Siti Zawiyah juga berharap pihak berkuasa Malaysia akan memberi tekanan kepada rakan-rakan British mereka bagi membolehkan Kamar Mahtum melawat Siti Aishah.

"Mak Cik Kamar Mahtum dijadualkan kembali ke Malaysia pada 4 Disember. Beliau memerlukan masa untuk bersama dengan Siti Aishah dan juga meyakinkannya untuk pulang ke rumah, " katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Klawang dekat sini.

Artikel Lain