Ketua Pembangkang P.Pinang Sifatkan Bajet 2014 Negeri Sebagai Bajet Populis - Semasa | mStar

Ketua Pembangkang P.Pinang Sifatkan Bajet 2014 Negeri Sebagai Bajet Populis

Jahara Hamid
Jahara Hamid

GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid menyifatkan Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2014 sebagai bajet populis yang hanya mengumpan rakyat.

Beliau berkata kerajaan negeri dilihat hanya menggula-gulakan rakyat dengan bantuan yang bersifat sementara, berbanding menyediakan pelan jangka panjang bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Bagaimana beliau boleh katakan negeri ini sifar kemiskinan sedangkan banyak lagi keluarga yang mengalami masalah kemiskinan. Bantuan tahunan RM100 yang diberikan kepada ibu tunggal dan warga emas tidak dapat membantu mereka keluar daripada kemiskinan.

"Seharusnya, mereka memikirkan bagaimana untuk menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada golongan miskin ini," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2014 pada persidangan DUN di sini Jumaat.

Mengulas mengenai kenaikan elaun anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada RM6,000, Jahara berkata Lim tidak telus kerana hanya membentangkan gaji Adun dan tidak menyatakan mengenai gajinya termasuk Speaker dan Timbalan Speaker DUN dan anggota Exco.

"Mengapa beliau hanya mengumumkan kenaikan gaji Adun sedangkan gaji beliau sendiri, beliau tidak nyatakan semasa pembentangan bajet ini. Maklumat itu sangat samar-samar, kenapa beliau cuba menyembunyikan sesuatu apa yang nak disorokkan," katanya.

Dalam pembentangan itu, Lim mengumumkan kenaikan elaun Adun dari RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan berkuat kuasa 1 Jan, selain elaun ketua pembangkang juga dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sebulan.

Sementara itu, Adun Pulau Betong Muhamad Farid Saad menyifatkan peruntukan RM40,000 kepada 10 kawasan yang diwakili Adun Barisan Nasional untuk menjalankan projek kecil sebagai tidak ikhlas.

"Kalau beliau berniat baik untuk bekerjasama dengan kami untuk membantu rakyat, kenapa wang itu disalurkan kepada penyelaras Kadun (kawasan dewan undangan negeri) yang tentunya daripada wakil mereka," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

'Kucing kurap': Jeff Ooi Dibidas Adun, Exco

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain