Kes Bunuh Pegawai Jaip: Polis Tahan 13 Anggota Tuhan Harun, Rampas Pistol - Semasa | mStar

Kes Bunuh Pegawai Jaip: Polis Tahan 13 Anggota Tuhan Harun, Rampas Pistol

KUALA LUMPUR: Polis berjaya merungkai kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dengan penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan merampas pistol yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.

Tangkapan itu termasuk dua wanita.

Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya "Kejayaan membanggakan oleh STAFOC (Pasukan Petugas Khas mengenai Jenayah Terancang) PDRM. Tahniah sekali lagi. Di antara 13 tangkapan, 2 wanita ahli kumpulan Tuhan Harun".

Khalid bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut mengenai penahanan anggota kumpulan Tuhan Harun itu.

Pada 20 November lepas, ketua kumpulan ajaran sesat itu Harun Mat Saat, 47, berjaya diberkas bersama seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Tangkak, Muar, Johor.

Lelaki itu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jaip Mohd Raffli Abdul Malik, 49, yang ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Kuantan, Pahang pada 10 November lalu.

STAFOC merupakan unit elit polis yang bersifat 'multi tasking' dalam mengurus dan menangani kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterism, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia, yang dilancarkan pada 21 November lalu dan akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Januari ini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain