Jambatan Bebas Tol Malaysia-Brunei Dirasmi 8 Disember - Semasa | mStar

Jambatan Bebas Tol Malaysia-Brunei Dirasmi 8 Disember

LIMBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan merasmikan jambatan tanpa tol Malaysia-Brunei bernilai RM25 juta, yang menghubungkan Limbang di Sarawak dan daerah Temburong di Brunei, pada 8 Disember ini.

Menteri Kerjaya Datuk Fadillah Yusof berkata tarikh itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.

"Selain pembukaan jambatan itu, Kementerian Kerjaya akan mempertingkat tahap infrastruktur di Limbang dan Lawas," katanya pada majlis makan malam dan taklimat Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini malam Jumaat.

Beliau berkata Kementerian Kerjaya juga menyalurkan peruntukan berjumlah RM140 juta kepada Jabatan Kerja Raya Sarawak bagi pembangunan serta penambahbaikan jalan raya di Limbang dan Lawas dengan setiap kawasan menerima RM70 juta.

Jambatan itu umpama mimpi menjadi kenyataan kepada individu yang kerap berulang alik dari Sarawak, Sabah dan Brunei kerana selama ini mereka terpaksa beratur lebih lima jam untuk menaiki feri menyeberangi Sungai Pandaruan, yang mengambil masa kurang lima minit untuk tiba di setiap destinasi. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain