suria

Treler Terbakar Sebabkan Kesesakan Teruk di Lebuh Raya DUKE

Beginilah keadaan treler yang terbakar di Lebuh Raya DUKE. Kebakaran tersebut menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Damansara.

KUALA LUMPUR: Sebuah lori treler yang terbakar mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Lebuh Raya DUKE menghala ke Damansara pada tengah hari Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan kira-kira pukul 1.30 petang.

"Kami menghantar 42 anggota bomba, enam kereta bomba serta pasukan unit bahan berbahaya (hazmat) ke lokasi kejadian treler berkenaan terbakar, di KM3.9.

"Ketika kami tiba di tempat kejadian pada pukul 1.52 petang treler berkenaan api sedang marak membakar treler berkenaan," kata jurucakap berkenaan.

Ketika pasukan bomba berusaha memadamkan api, trafik di lebuh raya menghala ke arah Damansara mulai perlahan.

Penutupan lorong sementara menyebabkan kesesakan sejauh empat kilometer dan ia berakhir kira-kira sejam kemudian.

"Kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 2.02 petang dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.44 petang," katanya.

Artikel Lain