Timbalan Pengerusi SPR Bersara Wajib Esok - Semasa | mStar

Timbalan Pengerusi SPR Bersara Wajib Esok

Wan Ahmad Wan Omar.
Wan Ahmad Wan Omar.

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersara wajib bermula esok (Khamis) setelah berkhidmat dengan suruhanjaya itu selama 16 tahun.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan di sini Rabu, berkata persaraan Wan Ahmad adalah mengikut Perkara 114 (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa seorang anggota SPR adalah terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun.

Beliau berkata, Wan Ahmad memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi itu sejak 17 Disember 2004 dan beliau bertanggungjawab selaku pengerusi Jawatankuasa Panel Penerbitan, Pendidikan Pengundi, Latihan, Penerangan dan Komunikasi SPR.

"Beliau juga telah membantu SPR mengetuai beberapa pasukan kerja dalam SPR untuk mengkaji penambahbaikan SPR dan urusan pilihan raya di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pasukan kerja tersebut menjalankan tugasan termasuk mengkaji struktur organisasi dan fungsi SPR; mengkaji bagi memperkasakan Akademi Pilihan Raya SPR; mengkaji penambahbaikan sistem dan proses pelantikan SPR; dan beberapa pasukan kerja lain mengikut perkara-perkara yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Abdul Aziz berkata sepanjang 16 tahun, Wan Ahmad terlibat dalam empat pilihan raya umum negara (1999, 2004, 2008 dan 2013); 42 pilihan raya kecil (dari 1998-2013) dan tiga urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak iaitu pada 1990 dan 2003 (bagi Semenanjung dan Sabah) dan persempadanan semula Sarawak pada 2005.

Selain menghadiri seminar demokrasi dan pilihan raya peringkat antarabangsa, Wan Ahmad juga pernah mewakili SPR mengetuai beberapa delegasi sebagai pemerhati pilihan raya umum di 19 buah negara antaranya United Kingdom, Australia, Jerman, Afrika Selatan, Bosnia, India, Uzbekistan, Kazakhstan, Indonesia, Thailand dan Filipina. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Adun MCA Sedia Galas Tugas Exco Melaka

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain