suria

Peminat Sukan Tidak Puas Hati Dengan Sekatan Senjata Paintball

PETALING JAYA: Pengumuman yang dibuat oleh pihak polis supaya individu menyerahkan paintball marker dan airsoft gun menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat sukan itu.

Polis pada Isnin mengeluarkan arahan kepada individu yang memiliki senjata berkenaan untuk menyerahkan ke balai polis dan mereka diberikan tempoh selama sebulan untuk berbuat demikian.

Para peminat kedua-dua sukan itu membantah dengan memperjelaskan bahawa hobi mereka itu dikawal selia dan bukannya untuk menyalahgunakannya.

"Ini boleh menjejaskan arena sukan paintball di Malaysia," kata pemain paintball Mohamad Razdan Jamil, 41.

Katanya, tindakan merampas alat paintball maker itu disifatkan tidak wajar terutamanya sukan itu semakin popular di negara ini.

"Kerajaan menyokong acara paintball dan Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan antarabangsa seperti Paintball World Cup Asia di Langkawi dua minggu lalu," katanya.

Mohamad Razdan, yang turut menganjurkan permainan paintball, berkata tiada orang yang waras akan menggunakan senjata itu untuk melakukan jenayah.

Bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa reka bentuk realistik airsoft gun membuatkan ia mudah digunakan untuk tujuan ugutan.

"Tiada siapa yang akan mengetahui bahawa airsoft gun itu adalah senjaya yang benar atau tidak, jika ia diacukan kepada sesiapa. Saya tidak menyalahkan polis untuk mencegah, melihatkan bilangan jenayah yang dilakukan menggunakan senjata api," katanya.

Mohamad Razdan mencadangkan kelab-kelab dibenarkan mendaftarkan maklumat ahli dan maklumat paintball maker milik mereka untuk dikongsikan dengan pihak berkuasa.

"Sesiapa yang melanggar undang-undang itu akan disenaraihitamkan dan butiran mereka akan diberikan kepada polis, yang kemudiannya paintball maker mereka akan dirampas," katanya.

Seorang lagi pemain paintball, yang enggan dikenali, berkata komuniti paintball dikawal selia.

"Komuniti ini mengambil langkah-langkah tambahan untuk mengawal pemain dan setiap kali seseorang berkelakuan tidak bertanggungjawab, kami akan menegur orang itu.

"Penjenayah bukan sebahagian daripada komuniti ini," katanya.

Katanya, satu penyelesaian adalah menyimpan alat itu di padang paintball, menunjukkan bahawa ia akan adalah lebih baik berbanding menyerahkanya kepada polis.

"Saya telah menghabiskan sejumlah lima angka untuk paintball maker saya," kata pemain berusia 32 tahun itu.

Seorang agi pemain paintball berkata, pendaftaran pemain paintball dan alat mereka akan menjadi satu penyelesaian yang mudah.

Dia tidak bersetuju dengan cadangan menyimpan alat itu di satu lokasi kerana ia akan membantutkan pertumbuhan sukan itu, dengan mengatakan bahawa paintball adalah sukan yang sangat sosial di mana para pemain akan pergi dari satu tempat ke tempat lain.

Seorang pemain sukan itu turut mengalu-alukan peraturan untuk sukan pilihannya.

"Larangan ini hanya akan mewujudkan pasaran gelap, dan rasuah akan berleluasa di kalangan mereka yang mengimport senjata api," kata pemain itu, yang mahu dikenali sebagai Steven Ranger, 23.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengakui kebimbangan komuniti paintball berhubung arahan penyerahan alat itu dan berjanji untuk bercakap dengan pihak berkuasa mengenai isu tersebut.

"Kita prihatin dengan larangan ini yang memberi kesan kepada komuniti sukan paintball walaupun kita ketahui tiada peraturan tambahan baru yang diperkenalkan," katanya pada Selasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain