Lelaki Serang Pengarah Hospital Taiping Ditemui Mati Gantung Diri - Semasa | mStar

Lelaki Serang Pengarah Hospital Taiping Ditemui Mati Gantung Diri

Law ditemui mati tergantung di rumahnya.
Law ditemui mati tergantung di rumahnya.

TAIPING: Seorang kakitangan Hospital Taiping yang menyerang pengarah hospital tersebut dengan parang pada Mac lalu ditemui mati tergantung di rumahnya.

Sumber berkata, seorang rakan kepada Law, 53, cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 7 malam Selasa tetapi tidak berjawab.

Rakannya itu kemudiannya memasuki rumah Law di kuarters pekerja hospital itu sebelum menemui mayat Law yang tergantung di tingkap.

Law telah menetak Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman dengan parang dalam satu pertengkaran pada 5 Mac lalu.

Serangan itu dipercayai berpunca daripada arahan perpindahan yang diterima Law.

Dr Mohd Yassim mengalami kecederaan serius dalam serangan itu dan dipindahkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Law kemudiannya didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000.

Difahami, Law menerima rawatan perubatan baru-baru ini dan dimasukkan ke wad psikiatrik minggu lalu sebelum dibenarkan keluar beberapa hari lalu.

Rakan-rakannya berkata, Law kecewa selepas berpisah dengan isterinya dan keadaan bertambah buruk apabila dia mengalami tekanan peraasaan akibat kerjanya.

Mayat Law akan dibakar dan dikebumikan di Taman Peringatan Prestavest di Taiping pada Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mahalachime Gembira Akhirnya Peroleh MyKad

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain