Tiada Tolak Ansur Penjawat Awam Salah Guna Kuasa - Ceupacs - Semasa | mStar

Tiada Tolak Ansur Penjawat Awam Salah Guna Kuasa - Ceupacs

LANGKAWI: Cuepacs tidak akan membela dan berkompromi dengan penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa kerana perbuatan itu menjejaskan nama baik perkhidmatan awam negara.

Presidennya Datuk Omar Osman menegaskan setiap penjawat awam wajar dihukum dan menanggung kesalahan yang dilakukan.

Penjawat awam seharusnya bekerja dengan penuh dedikasi agar Malaysia berjaya mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada seminar Transformasi Kepimpinan dan Pengukuran Integriti di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tujuh pegawai awam akan diikenakan tindakan tatatertib susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Omar berkata Cuepacs memandang berat penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam dan mahu masalah itu diatasi dengan tegas termasuk mengambil perhatian teguran Ketua Audit Negara.

Beliau berharap semua penjawat awam bekerja dengan rasa tanggungjawab dan mengelak dari terjebak dengan sebarang unsur yang mencemarkan perkhidmatan awam agar dapat menghadapi cabaran lebih besar pada tahun depan.

Katanya Cuepacs sedang merangka beberapa program untuk melahirkan penjawat awam cemerlang khususnya bagi yang masih muda dan mampu menyumbang idea.

Seramai 120 ketua jabatan dari pelbagai agensi kerajaan menghadiri seminar empat hari itu yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid yang mewakili Menteri Besar Kedah. BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Rusuhan: PM Singapura Arah Penubuhan COI

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA