suria

NGO Buat Laporan Polis Terhadap Individu Hina Raja-Raja Melayu

Ahli-ahli Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menunjukkan laporan polis bersama salinan Facebook seorang individu yang menghina Raja-raja Melayu dalam laman sosial selepas membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai di George Town, Sabtu. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, pada Sabtu membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu di laman sosial.

Pengerusi persatuan itu Salleh Ismail berkata kenyataan pemilik akaun laman sosial itu (menggunakan nama 'Kumaran Muthiah') dianggap biadap dan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di sini, Salleh berkata tindakan menghina kesultanan Raja-Raja Melayu perlu dihentikan kerana ia boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara ini.

Katanya, setiap rakyat di negara ini perlu menyedari bahawa Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu itu adalah asas kepada keamanan dan kesejahteraan. - BERNAMA

Artikel Lain