suria

Kes Perhambaan: Suspek Warga India & Tanzania

LONDON: Pasangan yang didakwa terlibat dalam memperhambakan tiga wanita di London dalam sebuah rumah selama 30 tahun merupakan seorang rakyat warga India dan Tanzania, kata polis pada Sabtu.

Insiden perhambaan yang disifatkan sebagai paling buruk dalam zaman moden di Britain itu telah bertemu dengan suspek lelaki untuk berkongsi ideologi politik mereka dan tinggal dengannya sebagai tahanan, kata Polis Metropolitan, London.

Mangsa ketiga, seorang wanita berusia 30 tahun dipercayai menghabiskan kehidupannya sebagai hamba abdi.

Komander Polis, Steve Rodhouse berkata pasangan berkenaan yang kedua-duanya berusia 67 tahun, merupakan rakyat warga India dan Tanzania telah menetap di Britain sejak 1960 an.

"Kami percaya dua daripada mangsa berkenaan telah berjumpa dengan suspek lelaki di London untuk berkongsi pengalaman mengenai ideologi politik mereka dan tinggal bersama di sebuah rumah yang boleh disifatkan sebagai 'keputusan bersama'.

"Bagaimanapun keputusan bersama itu berakhir dan....wanita berkenaan terus tinggal bersama dengan suspek," katanya kepada pemberita.

Polis turut menjalankan siasatan daripada rumah ke rumah, bercakap dengan penduduk yang menetap di kawasan perumahan yang menjadi lokasi wanita berkenaan dijadikan hamba di selatan London.

Lokasi sebenar kejadian juga tidak didedahkan oleh pihak polis dan kawasan yang tersebut dipercayai terletak di kawasan Peckford Palce di Britain sebuah kawasan yang terkenal dengan komuniti Afro-Carribean.

Tiga mangsa berkenaan terdiri daripada seorang rakyat warga Malaysia berusia 69 tahun, seorang warga Ireland, 57, dan wanita warga Britain, 30.

Mereka dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas salah seorang mangsa warga Ireland menghubungi Freedom Charity.

Suspek didakwa melanggar undang-undang imigresen serta terlibat dengan aktiviti buruh paksa telah dibebaskan hingga Januari bagi menunggu siasatan selanjutnya.

"Bagaimana perkara ini berlaku semuanya masih dalam siasatan dan pihak kami masih lagi mengumpul maklumat lanjut daripada pelbagai pihak," kata Rodhouse.

"Wanita berusia 30 tahun itu mempunyai sijil kelahiran, bagaimanapun ia satu-satu dokumen rasmi yang kami temui. Kami percaya mereka tinggal bersama suspek dan mangsa lain sepanjang hidupnya, namun sudah pasti ini masih diperingkat permulaan siasatan," katanya,

Polis berkata wanita berkenaan pernah dipukul dan didera secara mental, kaedah yang sering digunakan oleh kultus-kultus untuk memastikan wanita-wanita yang menjadi hamba terikat dengan mereka.

Mangsa pada hakikatnya dikatakan boleh meninggalkan rumah berkenaan namun pasukan penyiasat sedang menyelami apa yang mengawal mereka daripada melarikan diri.

Pegawai penyiasat terlatih sedang bekerjasama dengan mangsa untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku sepanjang tempoh perhambaan berkenaan.

Sementara 37 pegawai dari unit penyeludupan orang Scotland Yard sedang melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Pasangan berkenaan pernah ditahan pada 1970 an, namun pihak polis tidak mendedahkan secara terperinci butiran mengenainya. - AFP

Artikel Lain