suria

Dua Terbunuh Kereta Rempuh Lori di Kuantan

KUANTAN: Dua lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan dan merempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Batu 12 Jalan Kuantan-Gambang di sini, Jumaat.

M. Kanayan, 36, mati di tempat kejadian manakala R. Raman, 54, mati sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supritendan, Aziz Ahmad berkata dalam kejadian pada pukul 7.35 pagi itu kereta Proton Saga yang dipandu Kanayan dikatakan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Ketika kejadian, kereta Proton Saga itu datang dari arah Gambang menghala ke Kuantan, katanya ketika dihubungi pada Sabtu. -BERNAMA

Artikel Lain