suria

Si Gemuk Leonard Dibenar Ikat Jamin, Namun Dipenjara Kerana Kes 'Bekalkan Pelacur Kepada Tentera Laut AS

Francis Leonard
Francis Leonard
Francis Leonard

WASHINGTON: Ahli perniagaan dari Malaysia, Leonard Glenn Francis yang didakwa terlibat dengan skandal rasuah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$1 juta (RM3.2juta).

Bagaimanapun, majistret persekutuan mengekalkan keputusan tersebut sementara menunggu semakan kehakiman seorang lagi hakim, bermakna tertuduh perlu berada di penjara sementara tempoh berkenaan.

Majistret Jan Adler turut mengarahkan Francis dipakaikan dengan alat peranti, sistem kedudukan global (GPS) serta memasang sistem keselamatan rumah yang canggih supaya boleh mengesan pergerakannya, menurut laporan Reuters.

Ketika sesi pendengaran mengenai penahanannya di Mahkamah Daerah San Diego di Amerika Syarikat, pendakwa raya membantah pembebasan suspek, dengan berhujah kekayaan yang dimiliki Francis membolehkan dia melarikan diri ke luar negara.

"Dia mempunyai sumber kewangan yang kukuh, bijak serta kecanggihan teknologi pada hari ini membolehkan dia pergi ke mana dia mahu," dunia akan pergi di mana dia mahu," pendakwa raya Amerika Syarikat, Robert Huie.

Huie berkata Francis juga akan berhadapan dengan tuduhan tambahan.

Namun pasukan pembelaan yang diketuai oleh Pat Swan dalam hujah balasnya berkata anak guamnya, kembali ke Amerika Syarikat secara sukarela selepas mengetahui dia disiasat dan tidak mungkin dia akan melarikan diri.

"Encik Francis seorang lelaki yang berbadan besar, dia mempunyai ketinggian 6 kaki 3 inci (1.9 meter) dengan berat melebihi 300 pound.

"Dia mempunyai tubuh badan yang besar berbanding individu normal.

"Gambarnya juga telah tersebar di seluruh dunia. Sekiranya dia mahu melarikan diri, tiada tempat yang dia boleh sembunyi," kata Swan.

Francis, 49, ditahan di San Diego pada 16 September lalu.

Enam pegawai tentera laut AS bersama-sama seorang pegawai siasatan jenayah tentera laut didakwa terlibat dalam skandal rasuah berkenaan.

Skandal yang amat memalukan pasukan tentera laut Amerika di Pasifik ini yang sebelum ini dianggap sebagai pasukan yang penuh integriti dan paling beradap serta sopan di kalangan cabang pasukan bersenjata Amerika telah menjadi tajuk berita utama di negara tersebut.

Francis didakwa membekalkan pelacur kepada pegawai-pegawai tinggi tentera laut Amerika yang berlabuh di Pasifik malah menggunakan cara tersebut untuk memperolehi pelbagai maklumat sulit tentera laut yang akhirnya digunakan untuk mendapat kontrak yang lumayan.

Dia juga didakwa menyediakan tiket konsert percuma Lady Gaga untuk pegawai-pegawai tentera laut Amerika sebagai habuan mendapat akses kepada maklumat kontrak yang dicarinya.

Ekoran perkara yang memalukan itu, jabatan siasatan jenayah tentera laut AS telah menggantung kontrak dengan firma yang telah 25 tahun berkerjasama dengan Petangon dengan kontrak bernilai jutaan dolar. '

Komander Angkatan Tentera Laut Amerika, Michael Vannak Khem Misiewicz telah dikatakan membekalkan maklumat sulit mengenai jadual perjalanan kapal-kapal perang Amerika kepada Si Gemuk Leonard yang mempunyai sebuah firma pembekalan yang berpusat di Singapura.

Firma tersebut, Glenn Defense Marine Asia Limited kemudiannya mencaturkan di manakah kapal-kapal perang Amerika termasuklah kapal pengangkut pesawat patut berlabuh dan menerima khidmat bekalan sokongan.

Firma itu kemudiannya didakwa telah menggenakan caj yang berlebihan ke atas kapal-kapal tentera laut Amerika ini menerusi bekalan minyak, makanan dan lain-lain perkhidmatan.

Syarikat milik Si Gemuk Leonard ini pernah sekali mengenakan caj perkhidmatan sehingga AS$10 juta kepada tentera laut Amerika dalam satu tahun.

Malah mereka didakwa telah mencipta tarif yang dipalsukan menggunakan dokumen pihak berkuasa pelabuhan.

Bekas Panglima Angkatan Laut Amerika, Admiral Terry McKnight telah dipetik sebagai berkata, adalah sesuatu yang menakjubkan bagaimana seorang manusia boleh menentukan di pelabuhan manakah sesebuah armada laut patut berlabuh apatah lagi jika ia dilakukan hanya dengan pengaruh seorang kontraktor perbekalan.

Setakat ini pihak berkuasa telah menahan Misiewicz, Si Gemuk Leonard, pengurus besarnya, Alex Wisidagama dan seorang lagi pegawai tentera laut bernama John Beliveau.

Menurut kertas pendakwaan, Beliveau dituduh membekalkan maklumat kepada Si Gemuk Leonard tentang perkembangan siasatan dan bagaimana hendak mempertahankan dirinya daripada semua dakwaan ini sebagai balasan kepada percutian mewah, rasuah dan pelacur.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah.

Tetapi jika didapati bersalah kelak, mereka berhadapan dengan hukuman sehingga lima tahun penjara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain