suria

Selangor Pertimbang Kenaikan Gaji Wakil Rakyat - Abdul Khalid

Abdul Khalid
Abdul Khalid
Abdul Khalid

SHAH ALAM: Wakil rakyat di Selangor berkemungkinan mendapat kenaikan gaji dan elaun mulai tahun depan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang akhbar selepas menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Undangan Negeri pada Jumaat berkata perkara itu bagaimanapun perlu dibincangkan oleh exco terlebih dahulu.

"Kami sedang mengadakan mesyuarat exco. Sebaik sahaja kelulusan diterima (daripada exco), kita akan membentangkan usul itu pada Isnin atau Selasa," kata Khalid.

Beliau menambah pertimbangan bagi kenaikan yang dicadangkan itu berdasarkan kepada tiga faktor.

"Pertama beban kerja di Selangor adalah sangat berat. Kedua, kerajaan negeri mampu untuk memberi kenaikan dan ketiga ia adalah satu insentif untuk wakil-wakil rakyat kita," katanya.

Beliau berkata gaji yang baru dan struktur ganjaran akan menjadi model selepas apa yang ditawarkan kepada wakil-wakil rakyat di Sarawak.

Dalam ucapannya sebelum ini, Khalid berkata kerajaan Selangor mahu membangunkan negeri tanpa menanggung sebarang hutang.

Beliau menjelaskan bagaimana bajet telah diputuskan dan dirumuskan.

"Terdapat tiga variasi penting dalam belanjawan - seimbang, lebihan atau defisit," kata Khalid.

Beliau menjelaskan bahawa mana-mana bajet yang digubal terpaksa berdasarkan sumber dan perbelanjaan yang ada.

Menurut beliau, bajet yang seimbang adalah pilihan terbaik untuk Selangor kerana kewangan negeri berada dalam keadaan yang baik.

"Dengan bajet yang seimbang kita menggunakan apa yang kita ada untuk memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain