suria

Pimpinan Tertinggi PAS Tolak Hasrat Jawatankua​sa Pemilihan Letak Jawatan

Mustafa Ali
Mustafa Ali
Mustafa Ali

SHAH ALAM: Kepimpinan tertinggi PAS menolak hasrat jawatankuasa pemilihan untuk meletak jawatan berikutan berlakunya kesilapan pada kertas undi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata kepimpinan tertinggi parti turut menerima permohonan maaf daripada jawatankuasa tersebut.

Menurut Mustapa, kesilapan teknikal itu disifatkan sebagai kesilapan yang akan dilalui manusia sepanjang zaman.

"Mereka (jawatankuasa pemilihan)telah mengakui kesilapan yang dilakukan dan bersedia untuk letak jawatan. Mereka juga telah berterus-terang dengan pimpinan tertinggi mengenai perkara itu.

"Oleh itu, saya mewakili pimpinan tertinggi ingin mengumumkan bahawa kami menerima permohonan maaf itu dan memutuskan supaya mereka meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan selepas mengambil kira pandangan presiden parti," katanya.

Pada masa sama, Mustapa turut memuji sikap jawatankuasa tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan berani yang tidak ada pada anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tahniah di atas sikap bertanggungjawab itu. Sikap seperti ini wujud dalam PAS dan dihayati setiap ahlinya," katanya.

Terdahulu, Asmuni menjelaskan bahawa pihaknya telah melakukan kesilapan pada kertas undi membabitkan pemilihan ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat yang sepatutnya diadakan pada petang Jumaat.

Justeru, beliau dan seluruh ahli jawatankuasa pemilihan parti pada kali ini menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain