suria

PAS Sabah Terpinggir, Sukar Dapat Jawatan Pusat

SHAH ALAM: Perwakilan PAS Sabah kecewa apabila anggota-anggota dari negeri di bawah bayu itu seolah-olah dipinggirkan berikutan kesukaran mendapat jawatan dalam barisan kepimpinan pusat.

Dr Ali Akbar Gulasan berkata keadaan itu berbeza dengan Umno, yang mengiktiraf anggota partinya dari Sabah hingga ada yang menyandang jawatan tinggi seperti Naib Presiden.

Beliau berkata jika PAS mahu meluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak, ia perlu menempatkan wakil dari dua negeri itu dalam barisan kepimpinan pusat.

"Kalau Sabah bertanding dalam anggota jawatankuasa, agak sukar untuk menang. Kami meminta ehsan untuk meletakkan wakil Sabah atau Sarawak dalam jawatankuasa," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada hari kedua Muktamar PAS Pusat di sini, Sabtu.

-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain