suria

Lelaki Dan Kereta Yang Dilarikan Ditemui, Berlaku Misteri Di Sebalik Kehilangan

PETALING JAYA: Lelaki berusia 25 tahun yang hilang bersama-sama kereta ibunya ketika dia sedang tidur di dalamnya ditemui selamat di rumah neneknya di Subang Jaya, pada tengahari Jumaat.

Walau bagaimanapun, terdapat misteri di sebalik kehilangan Iskandar Zulkarnain apabila dia yang berkerja di bahagian pengambilan pelajar itu mendakwa tidak mengingati apa yang berlaku sejak dia bersama kereta ibunya dilaporkan hilang berhampiran stesen Petronas selepas tol Bukit Jelutong pada petang Khamis.

Kereta Subaru XV putih ibunya ditemui diletakkan di rumah neneknya, manakala Iskandar ditemui sedang tidur dalam kenderaan pacuan empat roda Rexton Ssangyong yang juga milik ibunya di tempat kejadian.

"Tetapi yang peliknya kereta pacuan empat roda itu berada di rumah kami di Sungai Buloh malam tadi! Kami tidak tahu apa yang berlaku dan Iskandar tidak ingat apa-apa," kata saudaranya, Muhd Hanifi Muhd Bazil, 29.

Iskandar sedang tidur di belakang kereta ibunya yang meletakkan keretanya di tepi jalan untuk pergi ke bilik air di stesen petrol.

Apabila dia kembali 10 minit kemudian, keretanya bersama Iskandar sudah tiada.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain