Lebih Banyak Maklumat Dikumpul Untuk Selamatkan Mangsa Perhambaan di Lonodon - Semasa | mStar

Lebih Banyak Maklumat Dikumpul Untuk Selamatkan Mangsa Perhambaan di Lonodon

Gambar wanita warga Malaysia yang didakwa dijadikan hamba selama 30 tahun di London yang dirakamkam BBC.
Gambar wanita warga Malaysia yang didakwa dijadikan hamba selama 30 tahun di London yang dirakamkam BBC.

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia sudah berhubung dengan pihak berkuasa Britain dalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia berusia 69 tahun yang telah dijadikan hamba bersama dua individu lain selama 30 tahun di sebuah daerah di Lamberth, London.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Wisma Putra sedang mengumpul butiran lanjut mengenainya.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London telah juga menawarkan untuk membantu polis British dalam penyiasatan-penyiasatannya.

Seorang pegawai kata suruhanjaya tinggi telah menghubungi Freedom Charity dan polis British.

"Kami tidak mempunyai banyak butiran lanjut mengenainya pada masa sekarang. Saya akan mendedahkan lebih banyak maklumat sebaik kami menerimanya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London turut menawarkan khidmat untuk membantu polis Britain dalam siasatan berhubung kes tersebut.

Seorang pegawai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkata dia telah menghubungi Freedom Charity dan polis Britain.

"Kami masih menunggu dan bersedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan," katanya ketika dihubungi melalui telefon.

Pegawai berkenaan berkata pejabat pesuruhjaya tinggi hanya mengetahui mengenai isu berkenaan melalui laporan media.

"Kami belum lagi dapat bertemu atau bercakap dengan wanita berkenaan," katanya sambil menambah tiada maklumat di mana wanita tersebut berada ketika ini.

Butiran lanjut mengenai kes berkenaan masih lagi kabur apabila polis Britain enggan mendedahkan mengenai usaha menyelamatkan tiga wanita berkenaan.

Wanita warga Malaysia, yang belum dikenalpasti identitinya diselamatkan bersama-sama dua wanita, seorang warga Britain berusia 30 tahun semetnara seorang lagi warga Ireland berusia 57 tahun pada 25 Oktober lalu.

Wanita yang diselamatkan itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi yang selamat.

Alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku juga tidak didedahkan.

Polis Metropolitan telah menahan dua penculik yang didakwa terlibat bagi membantu siasatan pada pagi Khamis.

Kedua-dua suspek, berusia 67 tahun telah dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada Januri depan.

Menurut kenyataan daripada pihak polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa dibebaskan selepas salah seorang daripada mereka menguhungi sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Freedom Charity,pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem telah bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan pada hari Khamis.

Pada sidang media petang Jumaat, Polis Metropolitan mendedahkan ketiga-tiga mangsa telah dipukul.

Menurut laporan media British, mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Pihak polis telah dipetik sebagai berkata mereka perlu mengetahui apakah "gari yang tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.

Tiada bukti penderaan seksual, kata mereka, sambil menambah, ketiga-tiga mangsa dan dua suspek akan muncul sebagai sebuah keluarga yang normal apabila berdepan dengan orang luar.

Pihak polis juga berkata bahawa tidak ada bukti yang mangsa telah diperdagangkan.

Kedua-dua suspek turut didakwa atas kesalahan berkaitan imigresen dan mereka pernah ditahan pada 1970 an atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Polis menghabiskan masa selama 12 jam untuk mencari lokasi perhambaan berkenaan dan telah mengeluarkan 55 beg bahan bukti dan 2,500 eksibit.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL