suria

Kementerian Wanita Sedia Beri Kaunseling Kepada Mangsa Kurung

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa yang dikurung selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan London.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bagaimanapun pihaknya akan meneliti keadaan mangsa terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

"Sekarang kita masih menunggu maklumat daripada Wisma Putra berhubung perkembangan wanita itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Sukarelawan Kebajikan di sini, Sabtu.

Beliau mengulas laporan media mengenai wanita Malaysia berusia 69 tahun yang diselamatkan dari sebuah rumah bersama-sama dua lagi, selepas 30 tahun dikurung dengan seorang daripada mereka turut dijadikan hamba sepanjang usianya.

Pihak berkuasa Britain turut menahan sepasang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 67 tahun, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. LAGI ROHANI-LONDON 2 (AKHIR) PUTRAJAYA Mengulas perkara lain, Rohani menggalakkan golongan muda untuk menyertai program sukarelawan kebajikan bagi membantu golongan sasar kementerian seperti warga emas, ibu tunggal serta orang kurang upaya. "Sehingga kini kita mempunyai 5,108 sukarelawan sejak dilancarkan pada 1995," katanya sambil menambah tenaga golongan muda amat diperlukan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Terdahulu Rohani melancarkan logo dan lagu khas Sukarelawan Kebajikan serta menyampaikan anugerah Sukarelawan Kebajikan Prihatin Program Khidmat Bantu di Rumah serta Sukarelawan Kebajikan Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang julung kali diadakan.

Mydin Pathmah Os Abdul Kader, 46, menerima Anugerah Sukarelawan Kebajikan Prihatin Program Khidmat Bantu di Rumah, manakala Andrew Thai Kim Fook, 60, menerima Anugerah Sukarelawan Kebajikan Cemerlang Peringkat Kebangsaan.

Mydin Pathmah ketika ditemui pemberita, berkata pengalamannya menjadi ibu tunggal pada 2003 membuka matanya untuk menyelami perasaan wanita sepertinya yang hidup dalam kekurangan.

"Waktu itu saya membesarkan lima anak yang berumur 14 dan lima tahun, jadi saya tahu bagaimana rasanya membesarkan anak-anak sendirian selepas berpisah dengan suami," katanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Sementara itu Thai berkata beliau sudah terlibat dalam kerja kebajikan sejak berusia 18 tahun dan berasa amat seronok kerana dapat membantu orang lain. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain