suria

Jalani Timbalan Pengerusi Umno Terengganu Yang Baharu

Jalani Johari
Jalani Johari
Jalani Johari

HULU TERENGGANU: Badan Perhubungan Umno Terengganu kini mempunyai timbalan pengerusi baharu dengan pelantikan Datuk Jailani Johari yang berkuat kuasa serta-merta.

Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata pelantikannya diumum oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara, Khamis lepas.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepada saya menggalas jawatan yang amat penting terutamanya bagi Umno negeri Terengganu," katanya ketika ditemui di majlis berkhatan dan memasak bubur asyura anjuran Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir Yusof Awang Hitam, di sini, Sabtu.

Beliau juga berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan bersama-sama dengan barisan kepimpinan negeri untuk memantapkan lagi Umno Terengganu.

Sebelum ini jawatan itu disandang oleh Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Kedua.

Majlis berkhatan itu disertai 75 murid tahun tiga dan enam dari kawasan DUN berkenaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain