SHAH ALAM: Perwakilan PAS Perlis mahu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP ) di negeri itu diperkasakan bagi menarik lebih banyak sokongan masyarakat Siam.Wakilnya, Mohd Shukri Ramli berkata, masih belum ada orang Siam menyertai DHPP di negeri ini berbanding pengundi Cina dan India. "Kita sudah ada keahlian orang Cina dan India dalam DHPP di Perlis. Namun kita belum berjaya menarik keahlian orang Siam," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-59 di sini Sabtu. Justeru, beliau berkata ahli DHPP perlu turun lebih kerap ke Perlis untuk mendekati masyarakat Siam kerana mereka bakal menentukan kemenangan PAS di Perlis pada pilihan raya akan datang."Mereka merupakan pengundi utama di Perlis, jadi DHPP perlu mendekati masyarakat ini bagi memastikan impian ke Putrajaya dapat dicapai," katanya.