suria

Tiga Anak KP Penguatkuasa Jaip Mati Ditembak Terima Biasiswa Yayasan Pahang

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertanya khabar isteri Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abdul Malek, Rosmawani Abdul Wahab,41, ketika baginda berkenan menziarahi keluarga mangsa di Taman Indera Mahkota Dua di Kuantan. Raffli mati selepas terkena dua das tembakan di dada di hadapan rumahnya, pada 10 November 2013 lalu.
-Foto BERNAMA

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan memberi biasiswa kepada tiga anak Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), yang maut ditembak 10 November lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pinjaman pelajaran Mohd Asyraff, 22, yang kini menuntut di Mesir akan ditukar kepada biasiswa oleh Yayasan Pahang. "...begitu juga dengan dua anak arwah yang bersekolah di sini, mereka akan diberi biasiswa," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berangkat melawat keluarga Allahyarham Ahmad Raffli di kediamannya di sini Jumaat.

Dalam kejadian 10 November itu, Ahmad Raffli, 49, mati akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12. Adnan berkata pihak Jaip juga telah mengambil langkah-langkah pentadbiran yang berkaitan supaya balu Allahyarham, Rosmahawani Abd Wahab, 41, segera menerima pencen Ahmad Raffli.

"Berkenaan kenaikan gred arwah, pihak Jaip akan membuat satu kertas kerja dan akan dibentangkan kepada kerajaan negeri sebelum dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya gred arwah dari 48 dinaikkan ke gred 52 atau 54, sekali gus jumlah pencen dapat dinaikkan untuk membantu keluarga," katanya.

Sultan Ahmad Shah yang turut diiringi oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah meluangkan kira-kira setengah jam bertanya khabar dengan balu dan anak-anak Allahyarham. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain