suria

Pengundian AJK PAS Pusat Dibatalkan

Asmuni Awi
Asmuni Awi
Asmuni Awi

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan PAS membatalkan pengundian bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ekoran berlakunya kesilapan pada kertas undi.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, proses pengundian bagi memilih 18 AJK PAS itu akan diadakan semula pada Sabtu pagi.

"Kita kesan terdapat kesalahan pada kertas undi, jadi bagi mengelakkan sebarang implikasi yang lebih besar...kita tangguhkan hingga esok," katanya.

Bagaimanapun menurut Asmuni, proses pengundian bagi jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan seperti yang dijadualkan.

Kesilapan itu dikesan selepas 45 minit perwakilan membuang undi bermula 4 petang Jumaat.

Pemilihan bagi jawatan AJK PAS Pusat menyaksikan 61 calon bersaing merebut 18 kerusi yang dipertandingkan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain