Nik Aziz Optimis Hudud Akan Dapat Dilaksanakan Di Kelantan - Semasa | mStar

Nik Aziz Optimis Hudud Akan Dapat Dilaksanakan Di Kelantan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan mesra pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke- 59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Jumaat. -fotoBERNAMA
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan mesra pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke- 59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Jumaat. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada Jumaat berkata beliau optimis hukum Hudud yang diperjuangkan PAS akan dapat dilaksanakan di Kelantan.

Beliau mendakwa hukum Hudud kini mendapat sokongan terbuka daripada pihak yang dahulunya senyap dalam isu ini, termasuk segelintir yang sebelum ini menentang pelaksanaannya.

Orang yang menolak hudud adalah orang yang berfikiran amat singkat tetapi mereka yang berfikir panjang akan meyakininya, kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-59 selama tiga hari yang bermula di sini Jumaat.

Nik Aziz juga menafikan bahawa undang-undang Hudud di Kelantan meniru Brunei walaupun terdapat seorang rakyat Brunei terlibat dalam penggubalan deraf Undang-undang Hudud di Kelantan.

"Kalau ada kekurangan... tak ada undang-undang di dunia yang lengkap...mesti ada budi bicara hakim... itulah kelebihannya, Insya-Allah berdoalah bersama-sama supaya (Hudud) dapat dilaksanakan (di Kelantan)," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

PAS Bukan 'Penumpang' Dalam Pakatan - Hadi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.