suria

Mesyuarat MT Umno Lantik Empat Anggota MT Tambahan

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk, tengah) hadir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. Turut hadir Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, kiri) dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (duduk, kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Khamis melantik empat anggota MT tambahan.

Mereka ialah Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

Pelantikan itu diumum Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas pertama kali mempengerusikan MT Umno selepas pemilihan parti bulan lalu.

Nama sembilan lagi anggota MT lantikan akan diumum awal minggu depan.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bantahan yang dipengerusikan Tan Sri Azmi Khalid bagi menerima aduan berbangkit semasa proses pemilihan bulan lepas.

Satu jawatankuasa khas, Jawatankuasa Penambahbaikan Pemilihan Umno yang dipengerusikan timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin juga ditubuhkan untuk menambahbaik proses pemilihan parti.

Najib turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan pasukannya yang bekerja keras dalam menjayakan pemilihan Umno baru-baru ini. Mengenai Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib berkata ia akan berlangsung dari 2 hingga 7 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan forum antarabangsa pada 2 dan 3 Disember; taklimat presiden dan perasmian persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 3 Disember; persidangan ketiga-tiga sayap pada 4 Disember dan perhimpunan Agung pada 5 hingga 7 Disember, katanya.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang baharu seperti berikut:

Perlis : Datuk Seri Shahidan Kassim (Pengerusi)

Azlan Man (Timbalan Pengerusi)

Kedah: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Pulau Pinang: Datuk Zainal Abidin Osman

Datuk Reezal Merican Naina Merican

Perak: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selangor: Datuk Seri Noh Omar

Abdul Syukur Idrus

Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Negeri Sembilan: Datuk Seri Mohamad Hasan

Datuk Hasan Malek

Melaka: Datuk Idris Haron

Datuk Abd Ghafar Atan

Johor: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Datuk Abdul Latif Ahmad

Pahang: Datuk Seri Adnan Yaakob

Datuk Mohd Sharkar Shamsudin

Trengganu: Datuk Seri Ahmad Said

Datuk Jailani Johari

Kelantan: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Datuk Noor Zahidi Omar

Sabah: Datuk Seri Musa Aman

Datuk Seri Salleh Said Keruak

Artikel Sebelum

Artikel Lain