suria

Ketua Kumpulan Ajaran Sesat Tuhan Harun & Dua Pengikut Direman Seminggu

SERAH DIRI … Salah seorang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun, Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya minggu lalu di Kuantan pada Khamis. Seramai tujuh orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun dikehendaki Polis selepas Mahkamah Syariah Kuantan mengeluarkan waran tangkap minggu lalu kerana gagal hadir dalam perbicaraan.
-Foto BERNAMA

KUANTAN: Ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat, 47, direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) yang ditembak pada 10 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Timbalan Komisioner Datuk Jamaluddin Abdul Majid berkata

Suspek yang turut direman berusia antara 30 hingga 47 tahun termasuk isteri ketiga Harun, Azida Mohd Zul dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41.

"Pasukan polis dari daerah Muar dan Ledang telah menahan seorang lelaki di Jalan Hospital Tangkak, Johor pada pukul 3.20 pagi Rabu.

"Berikutan penahanan tersebut, kami menyerbu sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Ledang dan menahan Harun dan Azida pada pukul 3.30 petang hari yang sama," kata Jamaluddin kepada pemberita di sini pada Khamis.

Harun dikehendaki oleh Mahkamah Syariah Kuantan selepas dia tidak hadir pada kes perbicaraannya pada 12 November lalu.

"Dia juga dikehendaki bagi membantu siasatan sama ada dia terlibat atau tidak dalam kes pembunuhan ketua pengarah penguatkuasaan Jaip," katanya.

Beliau berkata reman terbabit dibacakan Timbalan Pendakwa Raya di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ditanya sama suspek ada perancangan untuk melarikan diri ke luar negara, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakarian Ahmad Said berkata perkara tersebut masih dalam siasatan.

Sementara itu, Jamaluddin berkata 12 daripada 31 pengikut Tuhan Harun masih belum menyerah diri kepada polis bagi membantu dan usaha menjejaki mereka masih dijalankan.

"Kami masih menjejaki baki pengikut kumpulan Tuhan Harun.

"Sekali lagi, kita meminta mereka menyerah diri atau pihak polis akan memburu mereka," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain