suria

DBKL Pastikan Kadar Baharu Cukai Pintu Tidak Membebankan - Tengku Adnan

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) beramah mesra dengan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, Seputih, Theresa Kok (dua, kiri) Bukit Bintang, Fong Kui Lun (dua, kanan) dan Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari (kanan) selepas mesyuarat dan perjumpaan bersama Menteri Wilayah Persekutuan di Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL), Khamis. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan kadar baharu cukai pintu yang akan dikenakan tidak akan membebankan mana-mana pihak.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di sini Khamis.

"Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin ke atas kesejahteraan rakyat, pihak saya dan DBKL akan memastikan cukai pintu yang baharu ini tidak membebankan mana-mana pihak, tetapi rakyat perlu faham kenaikan ini adalah untuk kebaikan semua pihak," katanya.

Pada mesyuarat itu semua ahli parlimen dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hadir telah bersetuju dengan tindakan DBKL menaikkan kadar cukai pintu pada tahun hadapan. Bagaimanapun mereka menegaskan kenaikan itu mestilah tidak membebankan.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusop.

Menurut Tengku Adnan, tindakan menaikkan cukai pintu pada tahun hadapan adalah kerana DBKL memerlukan lebih banyak dana bagi tujuan pembangunan dan penyelengaraan infrastruktur jalan dan bangunan selain kemudahan-kemudahan awam lain di ibu kota.

"DBKL tidak boleh terlalu bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan pusat sepenuhnya kerana kerajaan pusat mempunyai pelbagai lagi komitmen yang perlu diberi keutamaan, selain itu sebagai sebuah kerajaan tempatan, DBKL perlu menjana sendiri dana bagi kegunaannya," katanya.

Selain itu Tengku Adnan juga meminta sesiapa yang tidak bersetuju untuk mengemukakan bantahan mereka kepada DBKL sebelum 17 Disember ini dan bantahan akan diteliti oleh panel yang dilantik oleh DBKL.

Sehingga hari ini DBKL telah menerima sebanyak 2,500 bantahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain