Siti ZailahSHAH ALAM: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS bagi sesi 2013-2016 apabila menewaskan pencabarnya, Nuridah Salleh dengan mendapat 468 undi.Nuridah yang pernah memegang jawatan tersebut pada 2007 memperoleh 189 undi. Seramai 681 perwakilan layak mengundi pada pemilihan pucuk pimpinan Dewan Muslimat PAS kali ke-53 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini Khamis.Keputusan itu diumumkan oleh SPR, Dr Muhamad Zuhdi kira-kira pukul 9.30 malam Khamis.Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut diberi kepercayaan untuk mempertahankan jawatannya dengan mendapat 429 undi.Dr Najihatussalehah Ahmad pula mendapat 229 undi.Dalam saingan satu lawan satu bagi jawatan Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi turut mengekalkan jawatan beliau dengan mendapat 457 undi.Pencabarnya, Dr Rosni Adam sekadar memperoleh 201 undi.Jawatan Pengerusi Tetap diisi Norhashimah Deraman dengan memperoleh 387 undi.Nor Azlin Md Samsudin menerima 208 undi untuk menerajui jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.Pelantikan beliau itu dibuat selepas memperoleh jumlah undian kedua tertinggi bagi jawatan Pengerusi Tetap berikutan tiada pencalonan bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.Selain itu, 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS turut dipilih pada pemilihan kali ini. Berikut merupakan senarai penuh kepimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sesi 2013-2015:Pengerusi Tetap: Norhashimah Deraman - 387 undiTimbalan Pengerusi Tetap: Nor Azlin Md Samsudin - 208 undiKetua: Siti Zailah Mohd Yusof - 468 undiTimbalan Ketua: Dr Siti Mariah Mahmud - 429 undiNaib Ketua: Mumtaz Mohd Nawi - 457 undiAhli jawatankuasa kerja:1. Dr Halimah Ali - 470 undi2. Aiman Athirah Sabu - 457 undi3. Khairiah Mohamed -454 undi4. Normala Sudirman - 446 undi5. Dr Asiah Ali - 444 undi6. Aida Yusof Rawa - 409 undi7. Wan Ubaidah Omar - 393 undi8. Mastura Mohamad - 392 undi9. Datuk Siti Aishah Ghazali - 372 undi10. Azizah khatib Mat - 360 undi11. Wan Hasrina Wan Hussain - 331 undi12. Kartini Ahmad - 306 undiPemeriksa Kira - kira:1. Basmatul 'Uyun Yusof2. Siti Norfathiah Daud.