suria

Pelancong Malaysia Lemas Di Queensland Dikenali Sebagai Ng Ji Wang

KUALA LUMPUR: Pelancong Malaysia yang lemas di satu kawasan renang popular di utara Queensland, Australia, Ahad lepas, dikenal pasti sebagai Ng Ji Wang dari Sarawak.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya menerima pengesahan tentang perkara itu daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.

Ng, 29, ke Queensland untuk mengunjungi saudara lelakinya yang menetap di sana. Ketika berenang bersama beberapa rakan di satu kawasan popular di Malanda Falls, beliau mengalami masalah dan lemas pada kira-kira pukul 3.30 petang (waktu Australia Timur).

Menurut Wisma Putra pasukan penyelamat menemukan mayat Ng sejam selepas kejadian dan beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah menghubungi saudara lelaki NG untuk membolehkannya menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada keluarga berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain