suria

PAS Mahu Isu Kerusi P/Raya Dimeterai Melalui MOU Antara Parti Gabungan PR

SHAH ALAM: PAS mahukan pemeteraian perjanjian daripada Pakatan Rakyat (PR)untuk mengekalkan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, MOU itu merupakan satu jaminan kepada seluruh ahli akar umbi berikutan parti itu dilihat mempunyai kedudukan lemah dalam pakatan pembangkang seandainya Umno hilang kuasa dalam PRU akan datang.

"Ada kebimbangan majoriti wakil rakyat Umno akan menyertai parti-parti lain selain Pas dalam pakatan pembangkang,sekiranya Umno hilang kuasa dalam PRU akan datang.

"Saya kira, jika inilah kebimbangan yang kita ada, kita boleh memeteraikan perjanjian dengan rakan-rakan dalam pakatan bahawa setiap kerusi yang diperuntukkan kepada PAS dalam PRU lalu dikekalkan pada masa akan datang sekali pun setelah pakatan mentadbir Malaysia," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat,di sini malam tadi. Husam turut mengakui terdapat kelemahan dari segi hubungan parti itu dalam pakatan pembangkang yang perlu diperbaiki menerusi pengurusan kepimpinan.

"Tidak ada sesuatu yang mutlak dalam hubungan politik. Daya kepimpinan dan pengurusan segar, peka dan berterusan parti yang akan menentukan sama ada hubungan itu mantap, berjaya dan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel Lain