suria

Ketua Kumpulan Tuhan Harun Ditangkap - Polis

Harun Mat Saat
Harun Mat Saat
Harun Mat Saat

PETALING JAYA: Pemimpin kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saad telah ditangkap bersama-sama dengan dua suspek selepas serbuan di dua lokasi berasingan di Tangkak, Johor.

Suspek, termasuk isteri Harun ditahan kira-kira pukul 3.30 petang selepas sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada polis Johor dan Pahang menyerbu lokasi berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan tangkapan.

"Suspek telah diserahkan kepada polis Pahang untuk siasatan lanjut.

"Mereka dikehendaki berkaitan pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Abdul Malek," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata Harun dan pengikut-pengikutnya akan ditahan reman pada Khamis untuk siasatan polis.

"Satu sidang akhbar akan diadakan pada hari Khamis," katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini menggesa 31 pengikut Tuhan Harun untuk menyerah diri secepat mungkin berikutan pembunuhan Ahmad Rafli.

Harun yang menggelarkan dirinya "Tuhan 2013" dan membawa mazhab yang dipanggil Tuhan Harun sebelum ini telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk aktiviti ajaran sesat dan tuduhan menipu.

Artikel Lain