suria

Tun Dr Mahathir Beri Respons Baik Kepada Rawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respons baik kepada rawatan sejak dimasukkan ke Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).

Kenyataan dari pejabat Dr Mahathir pada Rabu berkata bekas perdana menteri itu kini menjalani rawatan dan fisioterapi dada dan senaman.

"Pasukan perubatan puas hati dengan kemajuan beliau," kata kenyataan itu.

Doktor menasihatkan agar lawatan dihadkan kepada anggota keluarga terdekat.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada Isnin berikutan jangkitan pada bahagian dada. - BERNAMA

Artikel Lain