suria

Tiada Penjawat Awam Dibuang Kerja Kerana Terlibat Kegiatan Politik - Shahidan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata setakat ini tiada penjawat awam yang dibuang kerja kerana terlibat dengan kegiatan politik.

Bagaimanapun, katanya, statistik dari tahun 2010 hingga 2013 menunjukkan sembilan orang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati aktif dalam politik tanpa kebenaran.

"Berdasarkan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993, penjawat awam perlu memohon kebenaran ketua jabatan mereka untuk terlibat dalam kegiatan politik," katanya ketika menjawab soalan Idris Ahmad (PKR-Bukit Gantang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Idris ingin tahun bilangan penjawat awam yang dibuang kerja dan diambil tindakan tatatertib kerana terlibat dalam kegiatan politik. -BERNAMA

Artikel Lain