suria

PAS Pulau Pinang Bidas Kerajaan Negeri Tidak Amal CAT

BUTTERWORTH: Pemimpin PAS Pulau Pinang membidas kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP kerana dikatakan gagal mengamalkan slogan kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusoff berkata kerajaan negeri meminggirkan PAS, selain tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Katanya berikutan itu PAS Pulau Pinang akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan pembangkang negeri jika kerajaan negeri meneruskan amalan yang hanya melindungi maruah dan prinsip DAP.

"Pada mesyuarat perhubungan parti negeri yang telah diadakan pada Khamis lepas, PAS telah mengeluarkan beberapa resolusi untuk kerajaan negeri pertimbangkan antaranya menggesa kerajaan negeri memberi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd Salleh Man (Pesuruhjaya PAS Negeri) kuasa penuh untuk melantik ahli-ahli majlis itu.

"Kami juga mahu kerajaan negeri memperuntukkan kuota yang lebih besar bagi wakil dari PAS dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya pada sidang akhbar di sini.

Muhammad Fauzi berkata antara resolusi lain adalah meningkatkan kuota Pas kepada hingga empat orang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). BERNAMA

Artikel Lain