suria

Menteri Kesihatan Cedera Ringan Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Utara Selatan

Dr S. Subramaniam
Dr S. Subramaniam
Dr S. Subramaniam

MELAKA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera ringan di bahagian leher apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, malam Rabu.

Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata ketika kejadian kira-kira 8.30 malam, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov di sini.

Beliau berkata Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil.

"Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut...jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam Rabu. - BERNAMA

Artikel Lain