suria

Kejadian Tembak Dipercayai Berkait Dengan Pelepasan Penjenayah - MB Pahang

Adnan Yaakob
Adnan Yaakob
Adnan Yaakob

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beberapa kes tembak di negeri ini dipercayai ada kaitan dengan pembebasan 2,600 penjenayah selepas penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat.

"Kejadian tembak menembak ini ada kaitan dengan pelepasan 'hard-core criminals'," katanya ketika menjawab soalan Lee Chean Chung (DAP-Semambu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini Rabu.

Lee mahu tahu pendekatan polis dari segi kawalan senjata api ekoran beberapa kejadian tembak-menembak di negeri ini.

Menteri Besar berkata pengeluaran senjata api dibuat secara berhemah berdasarkan kepada kriteria tertentu.

"Berdasarkan rekod jenayah menunjukkan banyak kes-kes besar telah berjaya diselesaikan namun langkah-langkah keselamatan perlu dipertingkat dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam pada itu Adnan berkata beliau yakin penjenayah yang menembak mati Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malik 10 November lalu akan dapat ditangkap dan dihadap ke muka pengadilan. - BERNAMA

Artikel Lain