Isu Bayaran K-Pop: Ahmad Shabery Menteri Pertama Beri Penjelasan Kepada PAC - Semasa | mStar

Isu Bayaran K-Pop: Ahmad Shabery Menteri Pertama Beri Penjelasan Kepada PAC

Ahmad Shabery Cheek
Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan menjadi menteri yang pertama memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang akan diadakan esok.

Ahmad Shabery berkata kehadiran beliau adalah bagi memberikan penjelasan mengenai isu bayaran untuk persembahan artis K.Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 yang ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2012.

Beliau ketika itu ialah Menteri Belia dan Sukan.

"Saya sendiri telah menawarkan diri kepada PAC untuk hadir memberikan penjelasan. "Saya telahpun bersedia untuk menjelaskan kepada mereka isu-isu yang dibangkitkan berkaitan isu K-POP dalam Laporan Ketua Audit Negara itu," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Bernama difahamkan Ahmad Shabery ialah menteri pertama yang menawarkan diri untuk memberikan penjelasan kepada PAC.

PAC yang bersidang esok akan memanggil Kementerian Belia dan Sukan bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Jawatankuasa itu akan mula bersidang pada 10.30 pagi.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain