suria

Balai Ketibaan Lapangan Terbang P. Pinang Dilanda Banjir Kilat

Pencuci sedang membersihkan kawasan balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Pencuci sedang membersihkan kawasan balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Pencuci sedang membersihkan kawasan balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir selepas hujan lebat turun selama lebih setengah jam.

Balai ketibaan yang terletak di tingkat bawah bangunan lapangan terbang tersebut dilanda banjir pada pukul 3.30 petang Selasa selepas air mula naik di kawasan laluan teksi di luar bangunan tersebut.

Penumpang dan pengunjung terpaksa berjalan merentasi air banjir dengan keadaan lantai yang licin di kawasan tersebut.

Pengurus kanan lapangan terbang, Mohd Ariff Jaafar berkata tiada penerbangan yang terjejas ekoran insiden berkenaan.

"Saya diberitahu oleh Jabatan Meterologi taburan hujan sebanyak 58.2 mm dicatatkan dalam tempoh 20 minit, dan merupakan keadaan yang luar biasa berbanding taburan hujan biasa dicatatkan ilah 10mm hingga 15 mm," katanya.

Mohd Ariff berkata pekerja lapangan terbang mula membersihkan tempat kejadian sebaik sahaja insiden berkenaan berlaku.

Antara kawasan yang terjejas teruk akibsat banjir kilat berkenaan ialah Lebuh Nipah di Sungai Nibong dan kawasan Perindustrian Bebas (Fasa Satu) di Bayan Lepas.

Semakan di portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) mendapati bahawa stesen Sungai Ara di daerah barat daya Pulau Pinang merekodkan taburan hujan sebanyak 44mm pada Selasa," yang diklasifikasikan sebagai 'sangat lebat'.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Azman Hussin tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada orang ramai.

Sementara itu, Presiden Sensible and Ethical Malaysian United Team (Semut) Datuk Huan Cheng Guan berkata kerajaan negeri harus melihat dengan serius kejadian banjir yang berlaku di Pulau Pinang.

Beliau menggesa pihak berkuasa tempatan membersihkan longkang dan parti yang tersumbat dengan lebih kerap bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.

Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata JPS telah merangka satu pelan peparitan untuk daerah barat daya, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Laporan akhir akan siap sebelum hujung bulan ini.

"JPS akan mengemukakan laporan berkenaan kepada pihak berkuasa lapangan terbang untuk melaksanakan pelan tebatan banjir di kawasan lapangan terbang berkenaan," katanya.

Artikel Lain