suria

Ahli Keluarga Sedih Melihat Mayat Mangsa Culik, Hsu

Suasana muram: Li Ren (memakai jaket kuning) bersama ahli keluarga mangsa di rumah mayat Hospital Tawau. Foto Oleh: NORMIMIE DIUN/The Star
Suasana muram: Li Ren (memakai jaket kuning) bersama ahli keluarga mangsa di rumah mayat Hospital Tawau. Foto Oleh: NORMIMIE DIUN/The Star
Suasana muram: Li Ren (memakai jaket kuning) bersama ahli keluarga mangsa di rumah mayat Hospital Tawau. Foto Oleh: NORMIMIE DIUN/The Star

TAWAU: Kepedihan akibat kehilangan orang tersayang terlalu berat untuk ditanggung oleh keluarga pasangan yang diculik dan dibunuh di Pulau Pom Pom sebaik sahaja mereka melihat mayat Hsu Li Min.

Richard Chang, abang kepada mangsa culik, Chang An Wei, yang berusia 58 tahun itu menangis teresak-esak sebaik sahaja melihat mayat abang iparnya, Hsu, 57, di rumah mayat Tawau pada Selasa.

Richard menaiki penerbangan dari Taipei bersama-sama dengan abang sulung Hsu, Li Ren serta dua sepupu mereka.

Semua ahli keluarga kelihatan muram dengan berpakaian serba hitam sebaik sahaja tiba di rumah mayat berkenaan.

Sebaik sahaja tiba di lobi hotel, Richard yang berambut panjang serta memakai cermin mata hitam, tidak menerima sebarang maklumat dimana adiknya berada.

Bagaimanapun, dia sangat berharap untuk bertemu dengannya lagi.

"Kami percaya dia masih hidup. Kami mendapat maklumat daripada media. Kami tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai kes ini," katanya dalam nada tenang.

Richard berkata mereka tidak mahu bercakap panjang kerana tidak mahu membahayakan keselamatan adik mereka.

Hsu ditembak mati oleh kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf turut menculik Chang daripada resort tempat mereka menginap Jumaat lalu.

Ricard berkata adik perempuannya itu mempunyai masalah kesihatan termasuk menghidap diabetis.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya setakat ini.

Turut ditemani oleh pegawai daripada Kementerian Luar Taiwan dan pihak polis, rombongan berkenaan tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dari Taipei pada pukul 11.30 pagi.

Seorang sami Buddha turut menemani keluarga berkenaan untuk menjalankan upacara sembahyang.

Kumpulan wartawan dari Taiwan juga berada dalam penerbangan sama.

Mereka kemudiannya menaiki satu lagi penerbangan di Lapangan Terbang Tawau dan tiba kira-kira pada pukul 3.15 petang.

"Kami sangat gementar dan sedih," kata Richard kepada kumpulan pemberita yang menunggu di lapangan terbang.

Ahli keluarga mangsa di bawa dari lapangan terbang ke hospital dengan menaiki van milik resort Pulau Pom Pom turut diiringi oleh pihak polis.

Proses bedah siasat akan dijalankan sebelum majlis membakar mayat Hsu dijalankan hari ini.

Pada pukul 8 malam Selasa, keluarga Hsu menjalankan upacara keagamaan untuk si mati di kuil Fo Guang Shan, Tawau yang turut dihadiri oleh kira-kira 30 tetamu.

Sementara itu, kerajaan negeri Sabah turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Hsu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Pang Nyuk Ming turut menyampaikan ucapan takziah kepada empat ahli keluarga mangsa yang terlibat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ketika dihubungi, Pang berkata beliau memberi jaminan kepada ahli keluarga mangsa bahawa langkah seterusnya telah diambil oleh pihak berkuasa bagi menyelamatkan Chang daripada kumpulan penculik bersenjata.

Artikel Lain