suria

Tiada Rancangan Tubuh Suruhanjaya Persempadanan - Shahidan

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai rancangan menubuhkan Suruhanjaya Persempadanan untuk mengendalikan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia tidak sesuai di Malaysia, dan tugasnya telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk menjalankan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Pembentukan Suruhanjaya Persempadanan yang sama dengan yang di United Kingdom tidak sesuai di Malaysia.

"Kefahaman orang ramai mengenai perkara ini di sini juga berbeza," katanya dalam jawapan kepada soalan tambahan Azmin Ali (PKR - Gombak) semasa sesi soal jawab di Parlimen.

Azmin bertanya kepada menteri sama ada kerajaan bersedia untuk membentuk sebuah Suruhanjaya Persempadan, seperti di United Kingdom, semata-mata untuk mengendalikan persempadanan semula.

Shahidan berkata Perlembagaan Persekutuan mesti diubah untuk membenarkan mana-mana penambahbaikan atau pindaan pada persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"SPR mempunyai maksimum dua tahun untuk mengkaji dan menyelesaikan semula persempadanan. Jika terdapat mana-mana ruang untuk penambahbaikan atau isu-isu yang boleh dipersoalkan, ia terpulang kepada kita untuk mengutarakannya.

"Bagaimanapun, pada masa ini kami akan teruskan dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Shahidan.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kajian semula persempadanan perlu dilakukan setiap lapan tahun dan proses mesti diselesaikan dalam tempoh dua tahun.

Artikel Lain