suria

Seleweng Diesel Bersubsidi: Empat Warga Asing Ditahan

JOHOR BAHARU: Enam individu termasuk empat warga asing diberkas ketika memindahkan diesel bersubsidi dari sebuah tangki ke kapal dalam serbuan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Sungai Lepau, Pengerang, tengah malam Sabtu.

Komander PPM Wilayah Dua ACP Zainul Abidin Hasan berkata ketika serbuan 12.15 tengah malam itu, pihaknya mendapati 106,323 liter diesel bersubsidi sudah ada di dalam tangki simpanan kapal terbabit.

Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah lori tangki berisi 20,000 liter diesel, sebuah lori 'bonded' dengan 1,000 liter diesel, tiga tangki 'skid' berisi 90,000 liter diesel serta peralatan pemindahan minyak yang dipercayai diguna untuk melakukan penyelewengan terbabit, katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata keseluruhan minyak diesel terbabit dianggar bernilai RM434,646.

Suspek yang terdiri daripada warga Singapura, Indonesia dan dua rakyat tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain