suria

Polis Sarawak Tumpaskan Sindiket Pemalsuan Mykad Terbesar

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohammad Sabtu menunjukkan kepada media, dokumen palsu yang dirampas ketika serbuan dijalankan di sebuah rumah di Desa Pujut 2, Permjaya, Sabtu lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohammad Sabtu menunjukkan kepada media, dokumen palsu yang dirampas ketika serbuan dijalankan di sebuah rumah di Desa Pujut 2, Permjaya, Sabtu lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohammad Sabtu menunjukkan kepada media, dokumen palsu yang dirampas ketika serbuan dijalankan di sebuah rumah di Desa Pujut 2, Permjaya, Sabtu lepas.

MIRI: Polis Sarawak menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri yang baru beroperasi seminggu setelah melakukan serbuan di sebuah rumah di Desa Pujut 2, Permjaya di sini pada 9 malam Sabtu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman menyifatkan kes itu pertama kali berlaku di Sarawak dengan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari Putrajaya dikenal pasti sebagai antara dalang utama sindiket tersebut.

"Hasil serbuan itu 34 orang telah diperiksa dan 23 orang ditahan termasuk seorang suspek lelaki berumur 57 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Am JPN di Putrajaya," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Muhammad Sabtu berkata daripada 23 suspek ditahan itu, dua lelaki berasal dari Sabah ditahan reman selama dua hari dan kini disiasat mengikut Peraturan-peraturan 25(1)(e) Pendaftaran Negara 1990 kerana memiliki Mykad palsu.

"Sepuluh suspek warga Filipina masing-masing tiga wanita dan tujuh lelaki ditahan reman 14 hari. Tiga wanita berkenaan memiliki pasport manakala tujuh suspek lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya. Muhammad Sabtu berkata ketiga-tiga suspek wanita berkenaan ditahan reman untuk tujuan pengesahan dokumen perjalanan kerana siasatan awal mendapati pas lawatan seorang daripada wanita itu tamat tempoh pada 2010.

"Sebelas suspek rakyat tempatan iaitu tiga perempuan dan lapan wanita yang terdiri daripada pemilik rumah berkenaan dan pembantu am JPN ditahan reman antara dua hingga empat hari," katanya.

Beliau berkata kesemua 11 suspek itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Beliau tidak menolak kemungkinan sindiket tersebut ada kaitan dengan kes kecurian 35 dokumen pengenalan diri di pejabat JPN Marudi yang berlaku pada 15 November lepas.

Sindiket itu, katanya, mungkin menjadikan Sarawak sebagai lokasi baru operasi pemalsuan dokumen pengenalan diri berikutan operasi membanteras kegiatan tersebut sedang agresif dilakukan di Sabah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain