suria

Pindahan RM10 Juta Oleh MB N9 Bukan Hasil Rasuah - Nancy Shukri

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan wang bernilai RM10 juta yang dipindahkan dari London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan diperoleh daripada aktiviti rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata Pejabat Peguam Negara mendapati wang berkenaan, yang dipindahkan melalui pengurup wang, Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd, bukan wang rasuah.

"Pejabat Peguam Negara mendapati bahawa adalah lebih sesuai tindakan diambil terhadap pengurup wang berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) di Parlimen.

Nancy berkata tindakan telah diambil terhadap pengurup wang atas kesalahan yang sama dan lesen mereka telah ditarik balik selepas kompaun dikeluarkan.

Loke bertanya mengapa Pejabat Peguam Negara masih belum mendakwa Mohamad Hassan berhubung transaksi berkenaan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah melengkapkan kertas siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain