suria

Pemilihan MCA: Orang Luar Jangan Campur Tangan - Soi Lek

MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hadir pada majlis perasmian Konvensyen MCA Perak di Ipoh pada Ahad. -Foto BERNAMA
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hadir pada majlis perasmian Konvensyen MCA Perak di Ipoh pada Ahad. -Foto BERNAMA
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hadir pada majlis perasmian Konvensyen MCA Perak di Ipoh pada Ahad. -Foto BERNAMA

IPOH: MCA mahu orang luar tidak masuk campur dalam urusan pemilihan parti peringkat nasional yang akan diadakan pada 21 Disember depan.

Presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu berkemampuan untuk urusan dalaman mereka tanpa campur tangan daripada pihak luar.

"Kami (MCA) dapat menyelesaikan masalah kami sendiri," katanya ketika merasmikan Konvensyen MCA Perak di sini pada Ahad.

Pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, empat jawatan naib presiden dan 25 anggota jawatankuasa pusat (CC) akan diadakan pada 16 Disebember sementara pemilihan pada 21 Disember.

Setakat ini, hanya Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan beliau akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti kali ini.

Dr chua menggesa beberapa pemimpin veteran tidak menggunakan pemilihan parti kali ini sebagai medan untuk meluahkan rasa kecewa mereka.

"Kami (MCA) menghormati dan berterima kasih kepada veteran parti atas pertolongan dan keprihatinannya, namun mereka tidak harus menimbulkan masalah kepada kita," katanya.

Pada sidang media selepas itu, Dr Chua berkata beliau tidak akan mengulas lanjut mengenai kenyataannya berhubung campur tangan pihak luar atau menamakan siapa veteran parti yang terlibat dalam isu berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain