Obesiti: Kaji Semula Tempoh Operasi Kedai 24 Jam - Subramaniam - Semasa | mStar

Obesiti: Kaji Semula Tempoh Operasi Kedai 24 Jam - Subramaniam

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan bersetuju dengan saranan agar tempoh operasi kedai makan 24 jam disemak semula dalam usaha menangani obesiti, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya satu kajian lanjut mengenai perkara itu boleh dilaksanakan oleh pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan dan mengeluarkan garis panduan bagi mengehadkan tempoh operasi kedai terbabit.

"Walaupun kementerian setuju supaya kedai makan 24 jam ini dikurangkan, namun yang lebih utama sebenarnya adalah kesedaran individu itu bagi mengawal pemakanan mereka sekali gus mengelakkan obesiti," katanya. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dalam persidangan Dewan Rakyat, di sini, Isnin.

Noraini ingin tahu sama ada kementerian itu bercadang untuk mengehadkan tempoh operasi restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti rakyat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain