suria

Kumpulan Media Prima Umum Rombakan Pengurusan Tertinggi

Ahmad A. Talib
Ahmad A. Talib
Ahmad A. Talib

KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Prima Bhd (MPB) mengumumkan rombakan pada barisan pucuk pimpinan editorialnya dengan persaraan wartawan veteran, Datuk Ahmad A. Talib selaku pengarah Operasi Berita dan Editorial Kumpulan.

Berikutan itu, Ahmad, 62, akan diberi peranan baru iaitu penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan MPB berkuatkuasa serta merta.

Beliau akan memberi fokus khusus untuk mengemblingkan aktiviti CSR di peringkat kumpulan secara lebih terancang.

Tempatnya selaku pengarah Operasi Berita dan Editorial Kumpulan MPB akan diambil alih oleh Datuk Shaharudin Latif, 55, yang sebelum ini menyandang jawatan pengarang urusan Rangkaian Televisyen Kumpulan MPB.

Mengantikan Shaharudin sebagai pengarang urusan Rangkaian Televisyen Kumpulan MPB ialah Datuk Ashraf Abdullah, 46, yang sebelum ini adalah timbalan pengarang urusan, Rangkaian Televisyen MPB.

Jawatan Ashraf sebelum ini akan disandang oleh Pengarang Kumpulan, Hal Ehwal Berita dan Isu Semasa Rangkaian Televiyen MPB, Datuk Manja Ismail.

Sementara itu, Datuk Zainul Arifin Isa, 51, telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif, Media Prima Digital. Sebelum ini beliau adalah ketua pegawai operasi Media Prima Digital.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain