suria

Kes Culik di Semporna: Pelancong Warga Taiwan Dipercayai Masih Hidup - KPN

Polis menjalankan siasatan di villa tempat kejadian di mana Chang diculik pada awal pagi Jumaat. Foto Oleh: NORMIMIE DIUN/THE STAR.
Polis menjalankan siasatan di villa tempat kejadian di mana Chang diculik pada awal pagi Jumaat.  Foto Oleh: NORMIMIE DIUN/THE STAR.
Polis menjalankan siasatan di villa tempat kejadian di mana Chang diculik pada awal pagi Jumaat. Foto Oleh: NORMIMIE DIUN/THE STAR.

KUANTAN: Polis yakin pelancong warga Taiwan yang diculik di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah masih hidup dan dia berada di lokasi yang tidak ketahui ketika ini.

Chang An Wei, 58, diculik daripada resort tempatnya bercuti pada pukul 1 pagi Jumaat selepas satu kumpulan bersenjata menyerbu vila atas air dan menembak mati suami mangsa, Hsu Lin Min, 57.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menyelamatkan Chang.

"Keselamatan mangsa merupakan keutamaan pihak kami ketika ini. Kami tidak mahu mengulas lanjut kerana ia merupakan kes penculikan.

"Lebih banyak kita bercakap, kita meletakkan nyawa mangsa dalam bahawa kerana maklumat ini akan sampai kepada pihak penculik," katanya selepas merasmikan majlis penutupan kejohanan bola tampar Piala Ketua Polis Negara di sini.

Kumpulan bersenjata itu dipercayai melarikan diri ke Pulau Mataking, yang terletak berhampiran dengan selatan Filipina.

Khalid berkata beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua pegawai menutup mulut dalam siasatan yang dijalankan agar tiada butiran lanjut didedahkan kerana ia boleh mengancam nyawa dan proses menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib juga mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri seperti yang dilapor oleh media.

Usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Kesedaran Jenayah dan Kembara Bermotosikal 2013 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, di sini, Ahad.

Mengulas lanjut, Hamza berkata bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan oleh Jabatan Forensik polis pada 20 November ini.

Beliau juga mengulangi bahawa insiden itu adalah kejadian terpencil dan keadaan keselamatan di seluruh Sabah terkawal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain